Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969
ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia.
Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai
kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik
hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Kesimpulannya, kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia merupakam satu anugerah Tuhan yang mempunyai hikmah di sebaliknya. Oleh itu kepelbagaian yang dimiliki kini perlu dipelihara dan setiap kaum perlu mengambil peluang ini untuk mengenali di antara satu sama lain.
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memahami san mempelajari serta mengetahui hakikat kewujudan setiap kaum di Negara ini agar timbul persefahaman dan tolak ansur antara kaum. setiap kaum perlu bersama membangunkan Negara masa ini dan masa akan datang dan menjadikan peristiwa lalu sebagai sempadan dan pengajaran untk pembentukan Negara bangsa yang mantap dan 'tidak rapuh di mamah zaman'.

"Saya fikir kalau kita lupa sejarah kita, kita akan ulangi sejarah itu. Ada pepatah terkenal menyebut mereka yang lupa pengajaran daripada sejarah akan dihukum dengan mengulangi kesalahan mereka berulang kali.” –Tun Dr Mahathir Mohammad